top of page

Tentang PJS Beta

Selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik & sahsiah, syarikat Blink Trading Sdn Bhd terpanggil untuk turut serta dalam usaha pemerkasaan pelajar agar bukan sahaja celik ilmu tetapi turut dipersiap dengan nilai-nilai murni.

 

Atas dasar tanggungjawab sosial, Blink telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program tahunan yang dinamakan Program Jelajah Sekolah, atau turut dikenali sebagai PJS.

 

Sebuah pasukan khas digelar TEAM BETA telah dibentuk untuk melaksanakan PJS dengan modul bersasar bertajuk BULI SIBER di Perak.

 

​
35113987_1623794067749024_77040495823505

Program padat dengan interaksi & informasi. Pelajar-pelajar gembira dan belajar banyak perkara baru. Usaha murni, tahniah!

Puan Zura Kwan

Gurubesar, SK Methodist (ACS) Ayer Tawar

Apa itu PJS Beta

Program kerjasama BLINK dengan pihak sekolah yang dikendalikan oleh Team Beta bagi mendidik & menimbulkan kesedaran tentang gejala sosial yang kian berleluasa, di samping membudayakan amalan membaca di kalangan pelajar.

Our Mission

Misi & Visi PJS Beta

Misi - Mendidik generasi muda mengenai tingkah laku dan etika internet yang betul demi membasmi gejala buli siber di Malaysia.

Visi - Melahirkan generasi yang beradab dan penuh nilai-nilai murni

Soalan Lazim

 

​

1. Apakah Program Jelajah Sekolah (PJS) BLINK?
PJS Blink adalah program kerjasama BLINK dan sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang mempunyai kaitan dengan buku.
​
2. Siapakah Team Beta?
Team Beta adalah pasukan yang dibentuk untuk menjayakan program PJS edisi Perak 2018.

3. Bagaimana untuk menjemput Tim PJS - Beta ke sekolah kami?
Bagi urusan jemputan Program Jelajah Sekolah, sila whatsapp butiran di bawah ke nombor pegawai kami – 0139869637 (Sihin) atau klik SINI:
– Nama sekolah
– Jumlah pelajar
– Nama guru
– Nombor telefon
– Tarikh cadangan


4. Siapakah penulis yang terlibat di dalam PJS ini?
Terdapat ramai penulis & pelukis BLINK yang turut menyertai PJS. Tetapi untuk PJS 2018 edisi Perak, penulis yang terpilih adalah Haida Kamaruzaman & Izzah Inani.

5. Apakah tawaran Program PJS - Beta?
Talk bersasar.
• Penulis ( Haida Kamaruzaman) akan memberi talk berkenaan Buli Siber & adab komunikasi, disertai sesi kuiz/uji minda, autograf + membuka meja pameran jualan. Untuk info lanjut boleh lihat di SINI.


6. Adakah Program PJS ini akan mengenakan sebarang bayaran?
Tidak.

Tetapi bagi menanggung kos program kami memohon pihak sekolah membenarkan kami untuk membuat pameran dan jualan buku sepanjang program berjalan.


7. Bolehkah penulis jemputan tersebut merasmikan program sekolah kami?
Boleh. 

7. Apakah jenis-jenis buku yang akan dipamerkan dan dijual kepada pelajar-pelajar sekolah kami?
Buku-buku yang kami bawa adalah buku-buku ilmiah dari terbitan Blink Trading & PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), dan patuh syariah.

9. Bagaimana tentatif program ini?
Secara umumnya, program akan berlangsung selama 3 hari. Sepanjang 3 hari itu, team kami akan membuka meja pameran dan jualan buku. Pada hari pertama, bawakan penulis untuk sesi selama 1 - 1.5 jam bersama pelajar sekolah. Selepas memberikan ucapan, pihak sekolah akan aturkan sesi bertemu penulis untuk beramah mesra dan menandatangan buku. Boleh download tentatif di SINI.

10. Apa lagi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PJS - Beta?
Kami juga pembekal buku-buku untuk perpustakaan sekolah.

11. Siapa yang menguruskan Program Jelajah Sekolah Edisi Perak ini?
Nama syarikat yang menguruskan adalah BLINK TRADING SDN BHD. Kami berkerjasama dengan BLINK BOOK SDN BHD iaitu anak syarikat kepada PTS untuk menjayakan program ini.

Untuk PJSedisi Perak, Team Beta dilantik sebagai pelaksana program. Pengurus Projek bagi team ini ialah Puan Izzah Inani ( 018-3965430 )

Bantu kami melebarkan sayap ke sekolah anda!

bottom of page